July 18, 2015

Early Childhood

Memoirs
DATO PADUKA DR HAJI MORNI BIN OTHMAN

(in Bahasa Melayu)


Bismillahirahmanirahim. Pada tanggal 28 Disember 1948, Dato Paduka Dr Hj Morni bin Othman telah dilahirkan di Kampong Sungai Pandan, Kuala Belait, sebagai anak bungsu (terakhir) kepada keluarga nelayan yang miskin dan telah diberi nama Sabtu. Keluarga Awg Othman bin Ahad yang berasal dari puak Kedayan di Daerah Temburong dan Limbang, mempunyai 7 orang anak termasuklah seorang anak tiri. Awg Sabtu semasa kecil adalah sentiasa berkedaan sakit-sakit dan berbadan kurus kerana kekurangan zat makanan yang diperlukan. Melihat keadaan beliau selalu sakit, seorang hamba Allah bernama Morni yang difahamkan seorang pegawai di Pejabat Daerah Belait pada ketika itu telah bersimpati dan membantu keluarga miskin ini dengan memberikan sedikit barang makanan termasuk susu-susu tepong yang diperlukan. Pegawai ini dan keluarganya ingin mengambil Awg Sabtu menjadi Anak Angkat mereka tetapi keluarga Awg Othman tidak bersetuju. Walau bagaimana pun keluarga Awg Othman sangat-sangat berterima kasih kepada mereka dan telah menukar nama Sabtu kepada Morni untuk mengambil sukut baik dari nama tersebut dan mengikut petua orang dahulu supaya menjauhkan daripada sakit-sakit.

Pada tahun 1951 semasa Awg Morni berumur kira-kira 3 tahun, keluarga Awg Othman telah berhijrah ke Daerah Brunei dan Muara dengan berjalan kaki melalui pantai dan singgah di Pantai Jerudong dan tinggal (berkampong) selama beberapa tahun di Kampong Jerudong (bertempat di Jerudong Park pada masa ini) dengan bercucuk tanam dan menanam padi. Pada tahun 1954, keluarga Awg Othman berpindah ke Kampong Sengkurong dimana keluarga ini telah mendapat tanah yang kekal daripada Kerajaan seluas 3.5 ekar di Bukit Tajau untuk pertanian (buah-buahan) disamping meminjam tanah jiran untuk bertanam padi pada ketika itu. Awg Othman sendiri telah mendapat kerja sebagai buruh di Stesen Pertanian Kilanas, Jabatan Pertanian Negara pada ketika itu. Olehsebab kemiskinan, anak-anak Awg Othman yang sudah besar terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai buruh di Jabatan yang sama dengan ayah mereka.

Pada awal bulan Januari 1955 ketika berumur 6 tahun, Awg Morni telah memulakan persekolahan rendah di Sekolah Melayu Sengkurong dan menduduki Darjah Satu selama dua tahun kerana gagal. Pada bulan September 1957 semasa usia Awg Morni baru 8 tahun, ibu tersayang iaitu Dyg Buang bte Daim telah kembali kerahmatullah, dan pada tahun berikutnya diikuti pula oleh Awg Othman, ayah tersayang tempat Awg Morni bergantung hidup selama ini telah kembali untuk selama-lamanya. Mulai saat inilah Awg Morni menjadi anak yatim piatu. Beliau telah menyara hidupnya atas ihsan kasihan seorang abang dan dua orang kakaknya yang terdekat (sekampong) yang semuanya juga dari keluarga yang miskin dan telah mempunyai tanggungan anak-anak yang ramai sampai belasan orang setiap satu keluarga. Dalam keadaan susah yang menimpa dirinya, Awg Morni sendiri terpaksa belajar sambil bekerja dengan mengambil upah seperti mengetam padi dikampong-kampong yang bertanam padi masa itu disamping berjual buah rambutan (hasil bermusim dari beberapa pohon pokok rambutan yang dibahagikan kepadanya sebagai peninggalan waris ibunya), berjaja ditepi-tepi jalan untuk mendapatkan sedikit wang pada ketika itu.

Pada awal bulan Januari 1960, Awg Morni telah meneruskan pelajarannya di peringkat menengah kerana telah terpilih untuk memasukki sekolah aliran English iatu Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin dan dapat tinggal di Asrama Maktab dengan pembiayaan Kerajaan. Semasa di Maktab ini, Awg Morni telah menunjukkan kecemerlangannya dengan dapat melunjak melalui peperiksaan khas dari Prep Dua kepada Form Satu tanpa perlu mendudukki Prep Tiga seperti lazimnya pada masa itu. Olehsebab kemiskinan dan tiada ibu-bapa tempat bergantung, Awg Morni semasa hari cuti sekolah telah balik kekampong untuk menjual buah rambutan dan buah durian yang di punggut dari hutan-hutan disamping mengetam padi secara upahan bagi membeli satu helai pakaian sekolah. Disamping pelajaran dalam aliran English, Awg Morni dengan hati yang penuh bersabar tidak lupa pelajaran ugama sehinggalah beliau mendapat kelulusan tertinggi (Darjah Enam) dengan mendapat markah yang cemerlang dan kepujian serta mendapat beberapa buah hadiah yang membanggakan dan mendapat penghormatan menjadi guru ugama sampingan sebagai latihan dan dorongan daripada Guru Besar Pelajaran Ugama ketika itu. Pada tahun 1966, Awg Morni maseh ingat pada ketika berada di dalam Form Empat yang mana beliau telah dilantik untuk menjadi school prefect dimana baju mesti ditukar warna daripada putih kepada biru. Awg Morni terasa kepedihan hidup sebagai anak yatim piatu dan hanya dapat bertawakal meminta dari kawan mendapatkan sedikit nila untuk membirukan baju yang diperlukan. Olehsebab hanya mempunyai sehelai uniform sekolah, Awg Morni terpaksa selama dua tahun membasuh pakaian tersebut tiap-tiap hari dan menggunakan kipas angin diAsramanya untuk menggeringkan pakaian itu pada keesokan harinya. Semasa Awg Morni berada didalam Form Lima, kesengsaraan beliau adalah semakin terasa yang mana beliau telah membuat keputusan untuk berhenti sekolah kerana desakan kemiskinan hidup dan keperluan untuk berdikari sendiri seperti kawan-kawan remaja lain yang sudah bekerja pada ketika itu. Hasrat dan keputusannya ini telah diketahui oleh kawan-kawan karib sekelas dan seterusnya diketahui oleh Guru Darjah yang seterusnya membawa kes ini kepada Pengetua Maktab yang membantu Awg Morni menulis surat resmi kepada Jabatan Kebajikan Mesyarakat. Awg Morni sendiri telah membawa surat ini dengan berjumpa seorang pegawai kebajikan mesyarakat ketika itu yang bernama Dyg Jahrah (Datin Paduka Hjh Jahrah bte Hj Idris, isteri kepada Yang Berhormat bekas Menteri Pendidikan pada ketika itu). Selepas dinilai dan dibuat lawatan oleh Jabatan berkenaan, Awg Morni telah mulai diberikan bantuan kewangan sebanyak $30 sabulan, dan bantuan ini telah diteruskan sehinggalah beliau mendapat pekerjaan atau mendapat biasiswa Kerajaan. Dengan bantuan ini Awg Morni telah dapat menambah beberapa helai uniform sekolah serta pakaian lain, dan dari saat inilah beliau telah dapat meneruskan dan menumpukan pelajarannya sepenuh masa.

Pada bulan September 1968 selepas lulus Form Lima dan Cambridge School Certificate dari Maktab tersebut, Awg Morni telah mendapat biasiswa Kerajaan untuk meneruskan pelajarannya di Peringkat 'A' Level untuk dua tahun di Queens Gate Tutorial College, London, United Kingdom. Tetapi pada bulan Nobember dalam tahun yang sama, Awg Morni telah diterima terus membuat Ijajah Sarjana Muda Sains (Bachelor of Science) untuk selama lima tahun (enam tahun jika melalui dan termasuk ‘A’ Level) di bidang Pertanian di Macdonald College of McGill University, Montreal, Canada. Pada awalnya, Awg Morni semasa menuntut untuk mendapatkan Ijajah Sarjana Muda Sains ini telah merasa kecewa dan kehilangan bimbingan kerana telah ketinggalan 3 bulan bagi semester Tahun Pertama. Beliau juga merasa keseorangan kerana beliau adalah anak Brunei pertama belajar di Maktab ini dan kawan-kawannya yang lain dari Negara Brunei Darussalam menuntut dan tinggal jauh berasingan dari kampus tempatnya menuntut. Pada ketika ini sekali lagi ketabahan dan kesabaran Awg Morni teruji apabila jiwa beliau tertekan akibat kemiskinan dan keadaan semasa sehingga beliau telah membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan kembali ke Negara Brunei Darussalam walaupun terpaksa membayar bond biasiswa sewaktu bekerja nanti, tetapi kawan karib Awg Morni dari Trinidad Tobago telah memberi nasihat supaya tidak berbuat demikian dan juga Awg Morni maseh ingat pesanan daripada keluarga terdekat semasa meninggalkan tanah air dahulu supaya jangan sekali-kali menghampakan harapan keluarga (bagi menebus kemiskinan) supaya selamat kembali ketanah air dengan mendapat pelajaran yang tinggi. Daripada nasihat kawan dan pesanan keluarga dikampong, maka dengan tiba-tiba Awg Morni mempunyai satu azam baru untuk meneruskan perjuangan hidupnya untuk melawan jiwa inferior menjadi seorang yang lebih positif dan optimistic serta semangat ingin maju didalam melalui liku-liku hidupnya. Mulai dari hari itulah beliau berjinak-jinak dengan guru-guru, pengawas penuntut antarabangsa serta tempat-tempat student placement dan agensi-agensi pekerjaan untuk mendapatkan sebarang pekerjaan sambil belajar seperti lazimnya dilakukan oleh penuntut-penuntut lain yang ingin mendapat pengalaman dan kewangan. Awg Morni bernasib baik telah mendapat dorongan dan bimbingan dari supervisornya termasuk beroleh pekerjaan diwaktu cuti seperti menjadi tukang cuci piring-mangkuk di salah sebuah Golf Kelab yang terkemuka di Canada untuk menambah kumpulan kewangannya sehinggalah beliau dapat membeli sebuah kerita baru serta mengirim sedikit wang kepada keluarga terdekat di tanah air tercinta. Beliau juga pernah menukar keritanya kepada kerita baru yang lebih besar walaupun beliau tahu kawan-kawannya yang berasal daripada keluarga yang kaya dari Negara Brunei Darussalam yang menuntut di Universiti yang sama berasa irihati dengan cara hidup Awg Morni yang miskin ini menjadi imej orang kaya. Awg Morni dengan kepandaiannya hidup berdikari dan ingin maju yang berkubar-kubar telah dapat menunjolkan dirinya untuk terus berjaya dari tahun ke tahun yang lain dan beliau tidak pernah terikut-ikut dengan perangai kawan-kawannya dari Negara Brunei Darussalam di Universiti yang sama yang kebanyakan mereka gagal dalam pelajaran mereka sampai ada yang kena repeat satahun lagi pelajaran mereka, dan ada yang terpaksa keluar dari Universiti berkenaan.

Pada bulan Jun 1973 ketika berusia 24 tahun, Awg Morni berjaya mendapat Ijajah Sarjana Muda Sains di bidang Agronomi (Bachelor of Science in Agronomy) dengan mendapat Honours. Awg Morni kembali ketanah air dan bertugas di Jabatan Pertanian sebagai Pegawai Pertanian dimana beliau adalah anak Brunei yang kedua memperolehi Ijajah di Jabatan ini. Pada tahun yang sama Awg Morni telah mendirikan rumah tangga dan membeli sebidang tanah seluas 1.79 ekar daripada saudara sepupunya dengan harga $3,000 melalui bayaran secara beransur (sementara prosis pembahagian tanah waris Awg Morni dan saudaranya sedang diusahakan). Sebagai Pegawai Pertanian, beliau telah ditugaskan di Bahagian Penyelidikan dibidang padi, sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiran lain khususnya dibidang agronomi. Beliau telah diamanahkan untuk membuka sebuah stesen baru iaitu Stesen Pertanian Mulaut disamping menguasai Stesen Pertanian Kilanas dan Stesen Pertanian Birau yang telah dibuka dalam tahun 30’han. Sebelum menjalani program latihan jangka panjang, beliau telah dapat menyediakan laporan khas (24 muka) hasil-hasil penyelidikan padi dan ubi-ubian yang dibuatnya pada tahun 1974-75 yang telah dijadikan panduan bagi kajian selanjutnya.

Pada bulan Mac 1975 setelah bertugas dengan Kerajaan selama kira-kira dua tahun, Awg Morni meneruskan latihan dalam perkhidmatan mengikuti Ijajah Sarjana Sains (Master of Science) di Lincoln College of Canterbury University, Christchurch, New Zealand dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Biasiswa Komenwealth dan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan DiPertuan Negara Brunei Darussalam. Awg Morni telah memulakan Tahun Pertama dengan ujian-ujian yang berupa berlainan daripada peserta-peserta kursus yang lain kerana supervisornya melihat potensi yang terdapat keatas Awg Morni. Di Negara Brunei Darussalam pula pada bulan September 1975, Awg Morni telah dinaikkan pangkat sebagai pakar (specialist) daripada Pegawai Pertanian kepada Juru Ekopertian (Agronomist). Semasa separuh pengajian Ijajah Sarjana Sains ini, Awg Morni telah berjaya menukar kursus daripada Ijajah Sarjana Sains kepada kursus Ijajah Doctor of Philosophy dibidang Plant Science tanpa melalui dan mendapatkan Ijajah Sarjana Sains terlebih dahulu seperti lazimnya, olehsebab kepintaran dan kepandaian Awg Morni melalui peperiksaan khas. Di Negara Brunei Darussalam sekali lagi pada bulan April 1979, Awg Morni telah dinaikkan pangkat daripada Juru Ekopertanian kepada Pegawai Pertanian Kanan (tangga gaji B3) sebaya dengan kenaikan pangkat kejawatan yang sama bagi seorang pegawai tempatan berijajah yang lebih kanan yang sedang menuntut Ijajah Sarjana Sains di bidang ternakan juga di Universiti yang sama.

Pada bulan Ogos 1979, Awg Morni telah lulus Ijajah Doktor Filosopi dibidang Sains Tumbuhan (Doctor of Philosphy in Plant Science atau Ijajah Ph D). Beliau adalah anak Brunei yang pertama mendapat kelulusan yang tertinggi ini. Kelulusan ini telah menjadi ijikan daripada kawan-kawan dan ketuanya yang mungkin cemburu kerana kelulusan Ijajah Ph D ini yang mana seolah-olah akan membuat perubahan cara berfikir yang tegas dan membuat tindakan berterus terang seperti jua datangnya dari seorang pakar sains. Dr Morni telah banyak membuat perubahan dibidang pertanian terutama dari segi permodenan teknologi dan menguatkan tatacara penyelidekan yang lebih berkesan kerana pada masa yang lalu orang ramai bertanya-tanya kenapa kajian lepas kajian telah dibuat tanpa difahami akan keputusannya terutama yang boleh dimenafaatkan oleh para peladang di Negara ini. Satu mercutanda kejayaan kajian beliau yang terkenal hingga ke hari ini ialah penonjolan jenis padi yang beliau namakan Disobok. Hasil-hasil penyelidikan pada pandangan beliau mestilah dimenafaatkan secepat mungkin dan diamalkan melalui program amali, dan dengan itu beliau telah terlibat secara langsung dalam Projek Penanaman Padi Wasan, Pembinaan Rumah Sembelih Mulaut, Pembelian Ladang Ternakan Lembu di Australia, Projek Penetasan Anak Ayam di Mentiri, Projek Kilang Tenusu Lembu di Luahan, dan Penubuhan Sebuah Perpustakaan yang bersistem di Pusat Penyelidikan Pertanian Kilanas. Pada bulan Julai 1984 Dr Morni telah dinaikkan pangkat daripada Pegawai Pertanian Kanan kepada Timbalan Pengarah Pertanian. Semasa menjalankan pentadbiran, beliau telah berjaya membuat satu skim tatacara kenaikan pangkat dan gaji bagi semua pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian yang lebih adil tanpa dituduh pilih kasih atau pilih saudara pada ketika itu. Pada masa inilah Jabatan Pertanian telah menghantar banyak pegawai-pegawainya keseberang laut untuk latihan ijajah dimana pembangunan sumber tenaga manusia telah mendapat tumpuan yang menggalakan diperingkat Negara. Pada bulan Julai 1986, Dr Morni telah dikorniakan bintang Darjah Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (SMB) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan DiPertuan Negara Brunei Darussalam dan juga diwaktu yang sama tangga gajinya telah dinaikkan daripada Kumpulan Dua kepada Kumpulan Satu atas batang tubuhnya. Untuk memperkemaskan lagi sistem pentadbiran di Jabatannya, Dr Morni telah membantu menyusun pentadbiran yang lebih efisien dan efektif kerana pegawai dan kakitangannya bertambah (berlipat ganda) dengan peruntukan kewangan yang telah diluluskan pun bertambah seolah-olah semua bahan makanan yang diperlukan di Negara ini terpaksa diusahakan oleh Kerajaan oleh sebab jumlah peladang sepenuh masa semakin berkurangan (kira-kira 2,000 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian berbanding dengan membantu 200 orang peladang sepenuh masa diseluruh Negara pada ketika itu). Pada bulan Oktober 1988, Dr Morni telah dinaikkan pangkat daripada Timbalan Pengarah Pertanian kepada Pengarah Pertanian. Selaku Ketua Jabatan yang agak besar dan penting didalan Kerajaan, Dr Morni telah membuat strategi supaya menggalakan para peladang dan pengusaha tempatan untuk mencaburi pertanian moden kerana beliau memikirkan bahawa Kerajaan adalah tidak efisien dan produktif, dan tidak sesuai untuk menjadi agensi pengeluar bahan makanan di Negara ini. Beliau telah mula memperkenalkan konsep penswastaan projek-projek Kerajaan yang difikirkan dapat di tanai oleh pengusaha tempatan sendiri di Negara ini. Projek yang pertama yang diluluskan oleh Kerajaan untuk diswastakan ialah Rumah Penetasan Anak Ayam di Mentiri yang baharu sahaja siap dibina, dan diikuti dengan Rumah Tenusu Lembu di Luahan. Pada bulan Nobember 1989, Dr Morni telah dikorniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan DiPertuan Negara Brunei Darussalam. Melihat kejayaan awal program penswastaan yang telah dirancangnya, Dr Morni meneruskan program ini dengan menswastakan Rumah Sembelihan Mulaut dan Projek Padi Wasan. Yang Berhormat Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama pada ketika itu telah menggalakan Ketua-Ketua Jabatannya perlu mendapat pengetahuan dan pengelaman yang luas melalui program pertukaran jabatan. Belum sempat Dr Morni menjayakan Projek-Projek yang baru diswastakannya, program pertukaran telah diteruskan.

Pada bulan Oktober 1990, Dr Morni telah ditukar lantikannya daripada Pengarah Pertanian kepada Pengarah Perhutanan. Semasa mengetuai Jabatan Perhutanan Dr Morni pada awalnya telah ikut serta berkempen di Europe bersama rakan-rakan ASEAN untuk menerangkan penggurusan hutan-hutan ASEAN terutama dari imej negara yang sayangkan hutannya dan alam sekitar yang terjaga dan terkawal (Europe pada ketika itu sedang melancarkan kempen anti-tropical timber). Untuk memantapkan lagi pengurusan Hutan-Hutan Simpan Negara, Dr Morni telah memperbaikki pentadbiran terutama pengutipan hasil dan cukai hutan-hutan Negara dimana perubahan pengambilan dan penyimpanan wang tunai daripada Syarikat-Syarikat Kilang Papan yang dipegang oleh pegawai tertentu telah diperbetulkan pengendaliannya kepada terus disimpan oleh Kementerian Kewangan melalui Suspen Akaun. Dr Morni juga telah mengarahkan semua pegawai kanannya supaya prihatin terhadap Akta Perhutanan yang telah diamanahkan kepada Jabatannya. Pada tahun 1993 Dr Morni dan isterinya telah menunaikan fardhu haji dengan kornia tambang Kerajaan. Selepas menunaikan ibadah haji, Dr Hj Morni meneruskan tugas dan tanggungjawabnya untuk memastikan hutan-hutan di Negara ini dijaga dengan rapi kerana hutan adalah aset dan khazanah Negara yang sangat berharga dan sebenarnya hutan-hutan ini adalah kitani pinjam daripada anak cucu kitani. Dr Hj Morni telah membuat satu strategi untuk mempercepatkan pengurangan pembalakan dihutan-hutan simpan yang maseh ungun dengan membangun hutan-hutan ditanah terbiar dan menanam semula hutan-hutan dengan benih-benih kayu yang komersial. Pencurian kayu-kayu balak dan pembalakan haram telah dapat dikurangkan secara drastik kerana dengan penubuhan penguatkuasa undang-undang perhutanan yang lengkap dengan kakitangan, kenderaan darat dan laut serta pemantauan melalui udara dengan bantuan askar dan polis, Jabatan Ukur dan Daerah. Jabatan Perhutanan telah berjaya pertama kalinya menangkap, menghadapkan ke Mahkamah dan menghukum pembalak-pembalak haram. Pada bulan September 1993, satu projek yang bertajuk Menggurangkan Pembalakan Hutan Di Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Dr Hj Morni sendiri telah mendapat Sijil Penghargaan berserta Wang Tunai $2,000 dari penyertaannya didalam program tahunan Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam anjuran Jabatan Perdana Menteri, kerana projek ini telah banyak mendatangkan hasil negara dan dapat mengurangkan kerugian Negara yang telah bernilai lebih $200 juta kerana pembalakan haram dan kemusnahan alam sekitar. Dr Hj Morni tidak lupa tentang kebaikan penswastaan projek-projek yang difikirkan bersesuaian, dan Tapak Semaian Perhutanan Sungai Liang telah berjaya diswastakan setelah diteliti Tapak ini memerlukan banyak peruntukan kewangan dan kakitangan untuk beroperasi. Pada bulan September 1994, satu projek yang bertajuk Menswastakan Semaian Perhutanan Sungai Liang yang diketuai oleh Dr Hj Morni telah mendapat Sijil Penghargaan berserta Wang Tunai $2,000 dari penyertaannya didalam program tahunan Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam anjuran Jabatan Perdana Menteri, kerana project ini telah mengurangkan beratus ribu ringgit perbelanjaan tahunan Jabatan Perhutanan, dengan menafaatkan lebih 20 orang kakitangan kepada kegiatan lain (daripada semaian) yang lebih produktif, menambah mutu kesuburan anak-anak semaian pokok hutan, memendekkan masa pembesaran pokok-pokok benih daripada 18 bulan kepada 12 bulan sahaja, dan dapat menurunkan harga kos pengeluaran benih pokok daripada $2 kepada $1 sepohon. Melalui Rancangan Kemajuan Negara yang ke Enam, Dr Hj Morni dengan dedikasi pegawai-pegawainya berjaya menyiapkan pelbagai projek yang diamanahkan kepada Jabatannya terutama pembinaan Taman Negara di Ulu Temburong termasuk rumah-rumah rehat, rumah-rumah atas pokok, tempat pemerhati binatang liar, penandaan dan penamaan pokok, Canopy Walkway yang unik dan terunggul serta Wooden Walkway sepanjang lebih 7 kilometer yang terpanjang didunia. Dr Hj Morni juga telah berbangga dengan siapnya pembinaan Taman-Taman Rekreasi Hutan Bukit Shahbandar, Berakas, Bukit Batu Apoi, Luagan Lalak, Pulau Selirong, Bukit Subok dan Sungai Liang termasuk jalan-jalan wooden walkway dan tree-top houses yang terunggul dan pertama diadakan dirantau ini. Projek-projek yang telah siap termasuklah penanaman semula ladang-ladang hutan ditanah terbiar, permulaan ladang hutan perintis keatas cadangan ladang 30,000 hektar untuk menggantikan pembalakan di Hutan-Hutan Simpan, ladang rotan secara komersial, pembinaan sebuah bangunan Herbarium Negara di Sungai Liang, pembaikan Muzium Perhutanan Sungai Liang, pembangunan 4 buah Semaian Pehutanan di Daerah Belait dan Tutong, pembangunan Tapak Ex Situ Tumbuhan Hutan di Sungai Lumut, Penempatan Kayu-Kayu Bakau di Belukut dan pembaharuan uniform pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan. Dr Hj Morni telah berasa puashati dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh Jabatannya, walaupun maseh banyak lagi yang dapat ditingkatkannya melalui Rancangan Kemajuan Negara Ke Tujuh nanti.

Pada bulan Mei 1995, Dr Hj Morni telah ditukar semula jawatannya daripada Pengarah Perhutanan kepada Pengarah Pertanian. Kerana kecemerlangannya mengetuai Jabatan Perhutanan, pada bulan Julai 1995 Dr Hj Morni telah dikorniakan bintang Darjah Paduka Mahkota Brunei yang Amat Mulia Darjah Kedua (DPMB) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan DiPertuan Negara Brunei Darussalam. Semasa mengetuai semula Jabatan Pertanian, Dato Paduka Dr Hj Morni telah membuat satu strategi yang sangat berkesan untuk menaikkan imej Jabatannya dengan memajukan industri pertanian melalui satu kaedah iaitu menggunakan pengusaha-pengusaha dan peladang-peladang tempatan sebagai alat dan jentera pembangunan pertanian dengan mencabar dan memberi motivasi kepada mereka. Peranan para usahawan kecil dan sederhana adalah sangat dihargai dan sentiasa didengar serta diberikan bantuan sertamerta. Dalam tempoh kurang dari satu tahun Dato Paduka Dr Hj Morni berjaya mengubah mind-set pengusaha-pengusaha tempatan dan pegawai-pegawai diJabatannya. Beliau juga telah dapat mengenal pasti potensi industri pertanian dengan jaringan kerjasama usahawan-usahawan dirantau BIMP-EAGA. Bagi memulakan urusniaga dalam bidang industri pertanian ini, pengusaha-pengusaha tempatan yang berminat dibidang pertanian telah dapat menubuhkan satu syarikat bernama Kumpulan Agro Industri Sdn Bhd. Peladang-peladang muda yang dilatih di Pusat Latihan Pertanian Sinaut yang diasuh oleh Jabatan Pertanian melalui skim Penempatan Peladang Muda di Luahan dan Birau sudah mula dapat mengurus sendiri Kedai Tani Kilanas dan Kedai Tani Kupang, dimana Kedai Tani Kilanas dilaratkan kepada Pasar Borong Kilanas sebagai pilot projek pemasaran produk tempatan dan luar negeri (supaya terkawal). Kawasan-kawasan kemajuan industri pertanian dengan kemudahan asas telah dikenalpasti dan dipohon untuk digazetkan. Projek Kemajuan Pertanian Kupang, Betumpu, Tanah Tuah, Sungai Tajau, Batang Mitus, Rampayoh, Sungai Liang, Selangan, Bakarut, dan Batu Apoi telah dibuka dan diagihkan kepada pengusha-pengusaha tempatan melalui kebenaran Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama. Beratus-ratus pengusaha baru telah memohon tapak-tapak tanah untuk perusahaan pertanian dan peningkatan pengeluaran tempatan terutama daging ayam, sayur-sayuran, dan buah-buahan sudah dapat dirasai dan dibanggakan. Pada bulan September 1996, satu projek yang bertajuk Meningkatkan Kemajuan Industri Ayam Pedaging yang diketuai oleh Dato Paduka Dr Hj Morni telah mendapat Anugerah Perak berserta Sijil dan Wang Tunai $8,000 dari penyertaannya didalam program tahunan Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam anjuran Jabatan Perdana Menteri, kerana project ini telah banyak mendatangkan hasil negara berjumlah kira-kira $18.6 juta dan memberi peluang pekerjaan sebanyak 207 orang pada tahun 1995 dan hasil ini boleh meningkat kepada $284 juta jika projek ini diteruskan. Tetapi cita-cita Dato Paduka Dr Hj Morni selepas hanya berada satu tahun lebih di Jabatan Pertanian untuk terus memajukan industri pertanian telah hancur apabila dengan tiba-tiba beliau dipindah dari Jabatan Pertanian ke Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan jawatannya ditukar daripada Pengarah Pertanian menjadi Pegawai Tugas-Tugas Khas (Ketua Unit Promosi Perindustrian) di Bahagian Promosi Perindustrian dan Pelancongan. Unit Promosi Perindustrian adalah salah satu unit yang kecil sahaja yang mempunyai 3 orang kakitangan pada ketika itu.

Pada 23 September 1996, Dato Paduka Dr Hj Morni telah melaporkan diri kepada Ketua Bahagian Promosi Perindustrian dan Pelancongan yang jauh lebih junior daripadanya, tetapi Pegawai berkenaan tidak dapat menerima kenyataan ini kerana katanya perkara ini mungkin terdapat kesilapan dipihak Jabatan Perkhidmatan Awam. Secara pentadbiran di Kementerian ini sebenarnya sudah terdapat seorang pegawai menjadi Ketua Unit Promosi. Olehsebab itu Dato Paduka Dr Hj Morni telah dicadangkan untuk mengetuai Pusat Latihan Pertanian Sinaut, satu unit yang kecil sahaja di Jabatan Pertanian yang pernah diketuainya. Tugas baru Dato Paduka Dr Hj Morni adalah sebagai satu tugas yang terlalu kecil baginya dan mungkin tidak seimbang dengan tanggagajinya pada ketika itu. Olehsebab kerja-kerja tambahan di Pusat Latihan Pertanian Sinaut belum dapat diungkayahkan kerana tidak mempunyai peruntukan yang diperlukan dan program latihan Diploma Kebangsaan Pertanian maseh diteruskan hingga tahun 1999, Dato Paduka Dr Hj Morni hanya menghabiskan masanya merancang masa depan Pusat Latihan Pertanian Sinaut yang telah dirasmikan menjadi Pusat Sumber pada bulan Januari 1997. Pusat Sumber adalah sebagai pusat nadi kepada pembangunan usahawan kecil dan sederhana di Negara ini dengan menyediakan kemudahan dan kepakaran keusahawanan yang dynamik dan efektif. Atas inovasinya sendiri Dato Paduka Dr Hj Morni beroleh sedikit peruntukan untuk tahun 1997 daripada peruntukan khas Kementerian Kewangan bagi mengundang pakar-pakar keusahawanan dari Canada, Germany, New Zealand, Australia, Malaysia, Singapura dan Philippines untuk menggadakan Seminar, Kursus-Kursus Pendek dan Bengkil Usahawan yang bertujuan semata-mata membuka minda dan peluang-peluang berurusniaga yang menjurus kepada kejayaan mereka. Pada bulan Mac 1997, Dato Paduka Dr Hj Morni telah menerima surat yang beliau telah dikorniakan Pingat Pengisytiharan Kemerdekaan (PPK) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan DiPertuan Negara Brunei Darussalam. Selama ini Dato Paduka Dr Hj Morni maseh diiktiraf sebagai seorang Ketua Jabatan walaupun hanya mengetuai Pusat Latihan Pertanian Sinaut yang menjadi Pusat Sumber. Beliau telah mulai menyediakan Klinik Usahawan untuk mengenalpasti masalaah yang sedang dihadapi usahawan, membantu penyelasaian masaalah, dan memberi latihan asas keusahawanan. Melalui pakar-pakar dari luar negeri yang berpengalaman, beliau telah membimbing sebahagian daripada usahawan-usahawan bumiputera dari segi motivasi, perancangan urusniaga yang dyanamik, pengurusan kewangan yang teratur, pemasaran dan kejurujualan yang professional, perundingan yang berkesan dan program amali urusniaga yang berdaya saing dan berdaya maju. Beliau sendiri telah menghadiri sessi-sessi latihan yang mendorong beliau untuk menceburi bidang perniagaan disatu masa nanti. Pada bulan Februari 1998, Dato Paduka Dr Hj Morni telah menghadapkan surat resmi untuk bersara lebih awal iaitu mulai 1 Januari 1999 sesudah mencapai umur 50 tahun dan berkhidmat selama 25 tahun kerana ingin mencuba nasibnya dibidang perniagaan. Beliau telah difahamkan bahawa permohonannya telah dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya. Pada bulan Mei 1998, Dato Paduka Dr Hj Morni telah dikorniakan Pingat Kerja Lama (PKL) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan DiPertuan Negara Brunei Darussalam sebagai penghargaan Baginda kepada pegawainya yang taat lagi setia, jujur serta amanah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan semasa didalam perkhidmatannya.

Pada 25 Ogos 1998, beliau telah diarahkan secara lisan oleh Ketuanya untuk membantu syarikat-syarikat Kerajaan iaitu Glencoe Pty Ltd, Western Development Pty Ltd, Brunei Meat Export Company Pty Ltd, Barkly Meat Processing Co Pty Ltd, Brunei Property Development Co Pty Ltd dan Carabao Exports Pty Ltd yang beroperasi di Darwin, Australia, dan B.M.E.C Sdn Bhd yang beroperasi di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam, disamping tugas hariannya selaku Ketua Pusat Sumber di Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama. Pada 14 Oktober 1998, Dato Paduka Dr Hj Morni telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Eskutif Glencoe Pty Ltd bagi mengganti jawatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah sebagai Pengerusi Glenco Pty Ltd sejak 16 Januari 1985 (jawatan Timbalan Pengerusi pada masa yang sama telah dipegang oleh Yang Amat Mulia Pengiran Laila Kanun Diraja Pengiran Haji Bahrin bin Pengiran Haji Abbas) dan jawatan Professor Peter Blunt sebagai Pengarah Eksekutif Glenco Pty Ltd sejak 5 Januari 1994 atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan DiPertuan Negara Brunei Darussalam yang mana beliau telah menjunjung kasih yang tidak terhingga kepada Baginda.

Memanglah tugas dan tanggungjawab antara Pengerusi dan Pengarah Eksekutif adalah berbeza. Pengerusi mestilah bersikap tegas dan pintar dalam memberi pertimbangan yang adil dan saksama, perihatin keatas dasar-dasar negara sendiri dan negara-negara asing melalui pergolakan dunia. Pengerusi juga perlu menyediakan dan meluluskan dasar-dasar, guidelines, resolusi-resolusi keputusan mesyuarat lembaga pengarah, memohon ehsan nasihat daripada YB Penasihat Glenco Pty Ltd yang bertanggungjawab atas budibicara beliau sama ada membuat persembahan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia atau tidak. Setelah mendapat maklumbalas daripada YB Penasihat Glenco (selepas ini dinamakan Jerambak), Pengerusi akan memaklumkan perkara-perkara (maklumbalas) ini kepada Pengarah Eksekutif untuk diambil tindakan. Pengerusi juga bertanggungjawab membuat perhubongan rasmi dengan agensi-agensi kerajaan di NBD dan Australia mengenai dengan dasar-dasar yang diadakan oleh kedua pihak. Pengerusi juga bertanggungjawab mengingatkan pengarah-pengarahnya supaya setiap keputusan dan tindakan mestilah dibuat secara adil, saksama dan secara terbuka mengikut ajaran dan lunas-lunas Ugama Islam serta perihatin kepada unsur-unsur penyelewengan kewangan di dalam syarikat yang dilakukan oleh pegawai dan kakitangan syarikat secara tidak jujur dan amanah.

Sementara itu tugas dan tanggungjawab Pengarah Eksekutif adalah termasuk supaya memastikan semua pegawai dan kakitangan pengurusan dan pentadbiran mestilah sentiasa bersikap jujur dan amanah supaya semua unsur-unsur penyelewengan dapat dibendung. Disamping itu, Pengarah Eksekutif juga bertanggungjawab untuk menjalankan urusniaga yang menguntungkan mengikut projek-projek yang diluluskan melalui belanjawan tahunan dan peluang-peluang urusniaga yang baru yang tidak termasuk dalam urusniaga tahunan. Jika terdapat penyelewengan mestilah diselasaikan secara adil dan saksama oleh Pengarah Eksekutif supaya kerugian dapat dicover atau diperolehi semula. Ini adalah termasuk untuk menuntut semula AUD6.5 juta yang telah disalahgunakan oleh bekas pengurusan sebelum beliau, dan hampir AUD900,000 yang telah disalahgunakan oleh bekas pengawal kewangan yang baru berlaku. Tugas yang penting sekali bagi Pengarah Eksekutif ialah untuk memastikan supaya semua bidang urusniaga di Jerambak mestilah membawa keuntungan supaya dapat membayar balik hutang piutang sebanyak lebih kurang AUD27.0 juta. Ini termasuk juga tugas mengemas kinikan semua pengurusan di Jerambak dan anak-anak syarikat di bawahnya supaya lebih efficient dan productive, terutama dari segi pengurusan kakitangan dan perbelanjaan operasi seharian.

Kesemua tugas-tugas yang disebutkan di atas tidaklah terdapat di mana-mana dokumen syarikat tetapi hanyalah pendapat Dato Paduka Dr Haji Morni sendiri yang boleh dijadikan satu dasar kepada orang-orang yang mengambilalih. Beliau tidak mempunyai apa-apa reference dalam menjalankan kedua-dua tugas di atas. Mengikut pandangan beliau kesemua bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab Pengerusi dan Pengarah Eksekutif mestilah ditentukan oleh pihak Kerajaan NBD terutamanya daripada pihak YB Penasihat Jerambak.

Selepas Dato Paduka Dr Haji Morni berjaya menstabilkan kedudukan pengurusan dan membaikpulih kewangan Syarikat Jerambak Pty Ltd dan anak-anak syarikat dibawahnya, beliau telah bersara daripada jawatan-jawatan tersebut pada 9 Februari 2002. Sewaktu dalam persaraan, beliau meneruskan kerja-kerja beliau di bidang konsultasi perniagaan di Australia dan di dalam urusniaga syarikat-syarikat keluarganya di Negara Brunei Darussalam.



































































Kesimpulan yang dapat dibaca dari memoirs ini adalah gambaran rengkas tentang kehidupan Dato Paduka Dr Hj Morni bersama keluarganya yang bolih dijadikan iktibar. Semoga apa jua yang ditulis didalamnya adalah semata-mata untuk kebenaran jua. Kesabaran itu adalah iman dan kesangsaraan itu adalah cabaran dari Allah jua. Kita hanya dapat merancang dan Allah jua yang menentukan kejayaannya. Sekian wabillahi taufik walhidayah asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.